ELLOJOY COLOSTRUM MILK CHEWABLE TABLETS
Ellojoy Colostrum Milk Tablet adalah keluaran khas yang diformulasikan khas untuk meningkatkan dan mengekalkan sistem imun badan yang sihat.
Cara Pengambilan Ellojoy Colostrum Milk Chewable Tablet
Ambil dua ke tiga tablet sehari, tiga kali sehari. Kunyah atau kemam tablet sepenuhnya sebelum menelan.
Dewasa: 6 tablet sehari
Kanak-kanak: 2-3 tablet sehari

GOLONGAN YANG SESUAI
- Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas untuk fasa tumbesaran yang optimum.
- Remaja (13 tahun ke atas) untuk sistem imun tubuh yang kuat melawan jangkitan dan merawat keradangan .
- Dewasa memerlukan untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular
- Warga tua dapat mengelakkan masalah tulang reput
BAHAN UTAMA & Fungsinya

Susu Kolostrum
Kolostrum adalah rembesan pertama kelenjar susu yang dihasilkan selepas kelahiran, membezakannya daripada susu biasa kerana mempunyai kepekatan protein, immunoglobulin, vitamin, mineral yang lebih tinggi. Ia membantu untuk pertumbuhan yang optimum, meningkatkan antibodi dalam badan bagi melawan jangkitan bakteria dan virus

Tangerine C+
Tangerine C+ adalah sumber vitamin C, vitamin B kompleks, potassium, zat besi, flavonoid, fenol dan fito-nutrisi yang baik.
Ia boleh melindungi sel daripada kerosakan, mengurangkan keradangan, risiko penyakit kardiovaskular, anti penuaan, mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan alahan dan meningkatkan fungsi kognitif.

Ekstrak Elderberry
Mempunyai antioksidan terbaik yang boleh menbantu melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga mempunyai polifenol dan mineral lain yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan bakteria dan virus. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan fungsi kognitif

Susu Kambing
Membantu sistem penghadaman kerana mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding susu lembu. Seterusnya, ia juga membantu merendahkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL dalam badan. Selain itu, susu kambing juga mempunyai kalsium yang tinggi untuk menguatkan tulang

Susu Skim
Susu skim mengandungi nutrisi yang padat, mempunyai sejumlah besar vitamin dan mineral dengan kalori yang sedikit. Ia merupakan salah satu sumber kalsium yang tinggi. Antara kebaikannya adalah untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat, melindungi daripada penyakit kardiovaskular, dan merendahkan risiko obes dalam kalangan kanak-kanak.
KELEBIHAN
- Meningkatkan kesihatan tubuh secara umum
- Mencegah masalah berkaitan perut
- Meningkatkan prestasi fizikal semasa bersukan
- Meningkatkan tenaga dan stamina
- Meningkatkan ketumpatan tulang
- Membantu pertumbuhan gigi dan tulang
- Meningkatkan kesihatan sendi dan tulang
- Menguatkan sistem imun badan