Ellojoy C-Guard Plus adalah keluaran khas yang diformulasikan khas untuk meningkatkan dan mengekalkan sistem imun badan yang sihat.
Golongan yang sesuai mengambil Ellojoy C-Guard Plus:
Lutein
Lutein adalah karotenoid xanthophyll yang terdapat banyak dalam sayur-sayuran hijau dan kuning seperti brokoli, bayam, zucchini, buah kiwi dan lain-lain. Lutein memberikan banyak kebaikan terutama kepada kesihatan mata.
Serbuk Oren
Oren tinggi kandungan serat, Vitamin C, thiamin, folat dan antioksidan. Oren membantu dengan kesihatan usus kerana kaya dengan kandungan serat. Selain itu, ia tinggi dengan kandungan Vitamin C, di mana ia boleh bantu menguatkan sistem imun selain tinggi karotenoid (Vitamin A) yang penting untuk mengelakkan penyakit berkaitan mata.
Serbuk Yogurt
Yogurt kaya dengan protein, vitamin, asid lemak, bakteria dan mineral yang baik terutama kalsium dan fosforus. Pengambila yogurt dapat membantu meningkatkan sistem imun, mengurangkan masalah obesiti dan memastikan kesihatan yang optimum dapat dicapai.
Vitamin C
Vitamin C merupakan antioksidan semula jadi. Vitamin C memainkan peranan penting dalam tubuh manusia seperti meningkatkan pengeluaran kolagen, mengurangkan tekanan oksidatif, meningkatkan transmisi saraf dan menguatkan sistem imun.
Ekstrak Bacopa
Bacopa adalah sejenis tumbuhan yang digunakan dalam ubatan tradisional Ayurvedic India. Bacopa akan meningkatkan unsur kimia dalam otak yang melibatkan daya pemikiran, ingatan dan pembelajaran.
Bacopa digunakan untuk merawat masalah Alzheimer, attention deficit-hyperactivity disorder (ADHD) dan meningkatkan daya pemikiran secara menyeluruh
Ekstrak Acai Beri
Acai beri adalah superfood, yang membantu meningkatkan kesihatan kulit dan mengawal berat badan. Acai beri dilengkapi dengan antioksidan terutama anthocyanin, di mana ia dapat mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan serta menyokong kesihatan otak.
Selain itu, Anthocyanin juga dapat membantu mengawal kolesterol darah dengan mengurangkan kolesterol LDL, yang kemudian dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan.
Tangerine C+
Tangerine C+ adalah sumber vitamin C, vitamin B kompleks, potassium, zat besi, flavonoid, fenol dan fito-nutrisi yang baik.
Ia boleh melindungi sel daripada kerosakan, mengurangkan keradangan, risiko penyakit kardiovaskular, anti penuaan, mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan alahan dan meningkatkan fungsi kognitif.
Note: This site is not a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, this site is not endorsed by Facebook in any way. FACEBOOK is a trademark of FACEBOOK, Inc.